Categories
SELANGOR

Tolak fahaman ekstremisme & kejam IS

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 27 APR: Penjawat awam dan rakyat dinasihat menolak fahaman dan sebarang usaha mempengaruhi mereka untuk terbabit dalam perjuangan ektremisme di bawa kumpulan menggelarkan diri Islamic State (IS).

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, penjawat awam perlu bijak dalam mentafsir setiap fahaman yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Militan-IS-bakar-Pilot-Jordan-1“Sebahagian dari kita masih lagi kurang pengetahuan mengenai fahaman dan ancaman dibawa IS,” katanya dalam ucapan majlis Taklimat ancaman IS di sini, hari ini.

Beliau berkata, kumpulan itu semakin semakin ganas dan kejam terhadap umat Islam dan penganut agama lain serta melampaui batas kemanusiaan.

Katanya, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke-106 bersidang pada Oktober tahun lalu berpandangan tindakan umat Islam dari Malaysia berjuang atas nama jihad bagi menyokong golongan IS adalah sia-sia.

“Ini kerana perjuangan mereka tidak tergolong sebagai jihad dan kematian mereka juga tidak akan dikategorikan sebagai syahid menurut kerangka hukum syarak,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.