Categories
SELANGOR

Tong sampah MGB diguna seragam semua PBT

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 29 APR : Penggunaan tong sampah seragam jenis Mobile Garbage Bin (MGB) diwajibkan ke atas peniaga di seluruh pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.

Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah, berkata MGB adalah jenis tong sampah biasa dan disyaratkan kepada peniaga semasa memohon lesen perniagaan.

“MGB bukan jenis tong sampah luar biasa, malah peniaga sudah maklum mengenainya semasa permohonan lesen peniagaan,” katanya kepada Selangor Kini.

Bagaimanapun, katanya Kerajaan Negeri bersedia mendengar aduan peniaga dan menilai semula keputusan yang dibuat PBT sekiranya perlu.

“Yang penting peniaga perlu tukar mentaliti supaya tanggungjawab pembersihan kawasan juga perlu dipikul bersama,” katanya lagi.

Terdahulu, kira-kira 170 peniaga di pekan Sabak Bernam membantah tindakan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) yang mengeluarkan arahan mewajibkan peniaga membeli tong sampah jenis MGB.

Mereka mendakwa tong sampah berkapasiti 120 liter berharga RM160 seunit itu dianggap membebankan peniaga terutama dalam menghadapi tekanan kos sara hidup tinggi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.