Categories
NASIONAL

Wan Azizah: Calon PRK Permatang Pauh hak PKR

Oleh: NORHAYATI UMOR

KAJANG, 17 APR: Peletakan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh hak Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai penyandang kerusi.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata demikian mengulas dakwaan ada cawangan parti dalam Pakatan Rakyat menolak jika beliau dicalonkan semula.

Sehari bersama Kak Wan (15)“Tiada masalah. Mereka ada hak tetapi pemilihan calon adalah hak keadilan,” katanya kepada Selangor Kini.

Ditanya mengenai calon PRK itu, Wan Azizah tersenyum dan meminta menunggu pengumuman yang dijangka minggu depan.

“Soal siapa calon, kita akan umumkan nanti,” katanya yang yakin Permatang Pauh terus kekal dimenangi Pakatan.

PAS Permatang Pauh memberi amaran kepada PKR agar tidak meletakkan presidennya, sebagai calon bagi PRK Permatang Pauh yang dijadualkan pada 7 Mei depan.

Selasa lalu, Jentera PRK Parlimen Permatang Pauh dilancar dengan slogan ‘Demi Rakyat, Bantah GST dan Tegakkan Keadilan’ sebagai kempen Pakatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.