Categories
BERITA UTAMA

Wan Azizah, penyatu dan pemimpin

Oleh: Adeeba Adni

Umum mengetahui, jika tidak ingin diputar-belitkan kata-kata atau terkeliru oleh pembaca, sebaiknya dihebahkan kenyataan media yang rasmi.Tidak semua pembaca berada di lokasi untuk mendengar secara langsung setiap wawancara media.

Penulisan berita oleh para wartawan merupakan rumusan yang diperolehinya daripada sesuatu wawancara dan boleh menimbulkan berbagai persepsi dan insinuasi, terutamanya penulisan berunsur politik.

DSC_2125Chew Mei Fun tidak pula segera menafikan tajuk berita oleh Malaysiakini, apabila pemberitanya telah merumuskan ungkapan-ungkapan Chew Mei Fun itu sebagai merujuk kepada tabiat seorang suri rumah (MCA: People tired of Azizah’s housewife antics, https://www.malaysiakini.com/news/296487).

Ia memberi persepsi stereotaip bahawa Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah seorang isteri yang tiada pendirian, yang hanya tunduk kepada arahan suami tanpa sebarang interaksi dan perbincangan, bahkan tiada pemikiran langsung tentang sebarang perkara apalagi tentang isu-isu politik.

Ia suatu persepsi stereotaip yang dilabelkan untuk para suri rumah yang berasaskan kejahilan tentang konsep gender yang sebenar.

Chew Mei Fun wajar berhati-hati dengan rumusan-rumusan yang bakal di cipta oleh para pendengar dan para pembaca.

Beliau telah merendah-rendahkan kemampuan Dr Wan Azizah untuk mengurus kawasan-kawasan yang diwakili dan bakal yang diwakilinya.

Pengurusan yang sempurna belum dicapai – itu suatu lumrah yang mengambil masa untuk berlaku.Di semua kawasan-kawasan parlimen dan dewan negeri akan kedengaran rungutan-rungutan rakyat kerana belum dipenuhi hasrat mereka.

Chew Mei Fun tidak perlu mendesak kesempurnaan di mana para ahli-ahli yang berhormat BN berpanjangan prestasi negatif mereka walaupun memegang tampuk kepimpinan negara dan berkuasa ke atas belanjawan-belanjawan negeri dan negara.

PRK Permatang AzizahBukan itu saja, Chew Mei Fun telah dengan beraninya menuduh bahawa Dr Wan Azizah dicucuk hidungnya untuk melaksanakan setiap langkah politik, seolah-olah Chew Mei Fun berada dalam arena politik Parti Keadilan Rakyat dan mengaggotai segala proses pembuatan keputusan politiknya.

Chew Mei Fun telah menyatakan sesuatu yang tidak diketahuinya.

Amat wajar beliaulah yang sepatutnya memohon maaf daripada Dr Wan Azizah, yang tidak pernah mengujarkan atau melemparkan sebarang keburukan atau keaiban terhadap beliau sebagai bekas calon di Kajang dan kepada calon di Permatang Pauh.

Tidak menjadi halangan mana-mana ahli berhormat yang berkemapuan dan direstui oleh parti masing-masing untuk melibatkan diri dalam Dewan Rakyat dan juga Dewan Negeri.

Ia menjadi keputusan terbaik untuk mana-mana parti yang akan bertanding. Mekanisme pengurusan kawasan adalah perkara teknikal yang tidak sukar diwujudkan dan diperbaiki dari masa ke semasa.

Dalam konteks penggunaan sistem pengangkutan dan komunikasi elektronik yang canggih dan berkesan, geografi atau kedudukan kawasan-kawasan bukanlah suatu masalah yang besar bagi mana-mana ahli yang berhormat.

kak wanKenapa mesti pemimpin BN dan Chew Mei Fun menimbulkan perkara itu sebagai sesuatu yang kompleks atau sukar dilaksanakan?

Kenyataan Chew Mei Fun telah membuat tuduhan yang tidak berasas bahawa Dr Wan Azizah telah tidak mengurus keperluan rakyat Kajang (“She did not serve the Kajang people, how can she serve Permatang Pauh?” claimed Chew).

Sebaik Dr Wan Azizah menjadi ADUN Kajang, beliau telah mendapatkan peruntukan RM25.5 juta dari Kerajaan negeri Selangor untuk mengatasi sebahagian masalah banjir di Kajang.

Usaha-usaha pembersihan sampah, menaiktaraf kemudahan rakyat dan infrastruktur serta program-program MES juga dilaksanakan dan dilebarluaskan.

Dan rakyat tidak keliru apa-apapun tentang GST kerana mereka merasai keperitannya serta-merta.

Jika Chew Mei Fun tidak mengerti itu, beliau telah terpisah dengan keadaan semasa dan kesusahan rakyat jelata.Umum mengetahui bahawa GST akan bertambah dari masa ke semasa.

Di negara-negara di dunia, ada GST yang telah mencecah kepada lebih 20%. Chew Mei Fun wajar mengingatkan pimpinan BN bahawa GST sewajarnya menjadi mekanisme terakhir selepas memperbetulkan budaya boros, ketirisan dan korupsi yang wujud dalam pentadbiran negara Malaysia.

Amatlah menjelekkan bila BN menggunakan kuasa RM mereka untuk meraih undi di Paermatang Pauh. Pembinaan hospital adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.Wang untuk membinanya adalah dari wang rakyat.

Sebahagiannya mungkin dari cukai-cukai yang telah dibayar oleh rakyat Pulau Pinang juga.

AzizahSebenarnya, sama ada BN menang di Permatang Pauh atau tidak, pembinaan sebuah hospital di Permatang Pauh, bahkan di mana-mana yang perlu, adalah tanggungjawab sebuah pemerintahan seperti Kerajaan Persekutuan Malaysia.

Ia bukan alat untuk merundingkan kemenangan dalam mana-mana pilihan raya. Pakatan Rakyat memegang prinsip bahawa hak rakyat mesti dikembalikan kepada rakyat tidak kira apa latarbelakang mereka, anggota parti-parti dalam Pakatan Rakyat, ahli umno atau MCA dan lain-lain semua memperoleh manfaatnya.

Dr Wan Azizah dikelilingi jentera parti dan para pegawai serta penasihat yang berkaliber, adalah insan yang sensitif terhadap hasrat dan kemahuan rakyat, suatu kualiti yang dimiliki oleh seorang ibu dan pemimpin yang berjiwa rakyat kerana insan yang sedemikian mampu membina hubungan sesama manusia dan menjadi lambang perpaduan dan keutuhan rakyat Malaysia.

* Adeeba Adni ialah seorang aktivis sosial berhasrat memasyarakatkan kebajikan & politik

Leave a Reply

Your email address will not be published.