Categories
NASIONAL

ABIM: Kerajaan Malaysia patut bawa isu penindasan warga Rohingya ke antarabangsa

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 13 MEI: Kerajaan Malaysia patut mengepikan sementara dasar untuk tidak campurtangan negara-negara Asean bagi membolehkan perbincangan khas mengenai masa depan warga Rohingya diadakan.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Amidi Abd Manan berkata, tumpuan terhadap soal pendidikan warga Rohingya penting memandangkan Kerajaan Malaysia mengiktiraf mereka sebagai pelarian Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian (UNHCR).

ROHINGYA-MT-7-622x414“Sudah sampai masanya untuk perbincangan lebih khusus diadakan dengan masyarakat atau wakil Rohingya.

“Sebagai penyelesaian jangka masa panjang, kerajaan mengepikan sementara dasar tidak campurtangan negara-negara Asean atas asas kemanusiaan,” katanya kepada Selangor Kini.

Jelasnya, penafian hak kewarganegaraan oleh Kerajaan Myanmar menyukarkan mereka diiktiraf Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai pelarian.

Menyentuh soal peranan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) beliau berkata, pertelagahan negara Islam yang enggan mengiktiraf pemimpin dari negara tertentu menyukarkan penyelesaian krisis pelarian Rohingya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.