Categories
NASIONAL

Azmin: BN tak peduli suara rakyat bantahan GST & rasuah

Oleh: HAFIZAN TAIB

SEBERANG JAYA, 1 MEI: Demi kelangsungan kuasa politik, Barisan Nasional (BN) melakukan apa sahaja termasuk membelakangkan kepentingan rakyat.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, berkata BN pada hari ini sudah sampai ke tahap tidak lagi mempedulikan suara dan kebajikan rakyat.

_MG_0030“Sebab itu bila rakyat serang soal Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), soal rasuah, mereka tidak peduli. Ini dipanggil ‘arrogant of power’.

“Sudah menjadi sombong dan angkuh. Sudah tidak peduli tanggungjawab kepada rakyat di bawah,” katanya kepada media di sini, semalam.

Katanya, maka sebab itu dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh, 7 Mei ini, pengundi di kawasan itu harus memilih calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Ini kerana pimpinan daripada parti ini dapat mempertahankan prinsip dan idealisme serta aspirasi rakyat,” katanya yang juga Dato’ Menteri Besar Selangor.

Dalam kenyataan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), harga petrol Ron95, Ron97 dan diesel bagi Mei kekal pada paras semasa.

Ia dipercayai ada kaitan dengan dua pilihan raya kecil di Permatang Pauh dan Rompin diadakan dalam masa terdekat.

Mohamed Azmin berkata, walaupun harga minyak ditentukan dan dipengaruhi pasaran dunia tetapi jika pengurusan itu baik dan telus, Malaysia sebagai negara pengeluar minyak pastinya mendapat pulangan untuk kepentingan rakyat.

“Tetapi kalau rasuah itu menjadi teras pentadbiran Putrajaya, apa juga kenaikan atau pemulihan harga minyak dunia, ianya tidak membantu,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.