Categories
NASIONAL

Azmin: KPN patut panggil Jho Low, siasat skandal 1MDB

Oleh: NAZLI IBRAHIM

PERMATANG PAUH, 4 MEI: Kegagalan polis memanggil ahli perniagaan, Jho Low untuk disoal siasat berhubung skandal 1MDB menimbulkan tanggapan terdapat amalan dwi standard polis dalam menjalankan tanggungjawab.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, sedangkan polis bertindak begitu cepat terhadap ahli politik dan rakyat biasa yang membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

MB Azmin“Saya minta Ketua Polis Negara jangan bersengkongkol dengan kezaliman, jangan bersengkongkol dengan Umno tetapi bela rakyat, bela negara,” kata Mohamed Azmin yang juga Dato’ Menteri Besar Selangor.

Beliau berkata demikian pada program kempen Pakatan Rakyat (PR) di Pusat Khidmat Rakyat di Permatang Pasir malam tadi.

Kata beliau lagi, polis tidak seharusnya terikat dengan mana-mana pihak dalam membuat keputusan.

Mohamed Azmin turut mempertikaikan keengganan polis menahan abang kepada Ketua Polis Negara yang terlibat dalam isu menurunkan lambang salib sebuah gereja di Taman Medan di Selangor baru-baru ini.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.