Categories
NASIONAL

DAP umum kabinet bayangan

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 19 MEI: DAP mengumumkan kabinet bayangannya yang akan bertanggungjawab sebagai jurucakap dan memantau portfolio masing-masing.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, DAP meletakkan 46 Ahli Parlimennya bagi memantau 18 portfolio yang ditetapkan.

“Jurucakap bagi portfolio yang ditetapkan ini mewakili DAP. PKR dan PAS juga boleh berbuat demikian.

lim guan eng“Saya rasa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah akan bersetuju,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Antara yang dilantik sebagai jurucakap adalah Zairil Khir Johari (Bukit Bendera) dan Teo Nie Ching (Kulai) untuk portfolio pendidikan, sains dan teknologi serta Tony Pua (Petaling Jaya Utara) bagi kewangan dan ekonomi.

Sementara itu, Ong Kian Ming (Serdang) bagi kesihatan dan alam sekitar, Gobind Singh Deo (Puchong) untuk dalam negeri dan Teresa Kok (Seputeh) menjadi jurucakap undang-undang, perdagangan dan industri antarabangsa.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.