Categories
NASIONAL

Elak Undi BN, sokongan dianggap setuju GST

Oleh: NAZLI IBRAHIM

BUKIT MERTAJAM, 1 MEI: Pengundi di Permatang Pauh dan Rompin tidak patut memberikan undi kepada Barisan Nasional (BN) bagi memberikan mesej penentangan rakyat terhadap pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, tambahan undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh dan Rompin menyebabkan BN ‘perasan’ tindakan mengenakan GST mendapat kerelaan rakyat.

tolak gst 5“Kalau BN berjaya kurangkan majoriti mereka kata rakyat sokong GST sebab itulah pengundi Permatang Pauh kena keluar mengundi Kak Wan pada 7 hari bulan nanti,” kata Guan Eng dalam ceramah pada kempen PRK Permatang Pauh di padang Guar Perahu malam tadi.

Katanya, GST turut memberi kesan besar terhadap wang rakyat diamanahkan kepada Kerajaan Negeri.

Beliau Kerajaan Negeri Pulau Pinang terpaksa berbelanja lebih disebabkan GST.

“Bukan sahaja rakyat jadi mangsa, Kerajaan Negeri juga jadi mangsa, kena enam peratus juga.

“Sampai projek Kerajaan Negeri untuk rakyat untuk kepentingan orang guna juga kena GST.

“Bagi Kerajaan Negeri untuk 2015, dianggakan RM16.3 juta untuk GST hanya untuk projek Kerajaan Negeri tidak termasuk projek dijalankan PBT,” kata Guan Eng.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.