Categories
SELANGOR

Exco: Kecualikan semua PBT seluruh negara dari GST

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 14 MEI: Agensi kerajaan tidak wajar dijadikan ejen pengutip cukai untuk Kerajaan Persekutuan, kata Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah.

Beliau menyifatkan tindakan mengenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) membebankan rakyat.

“GST hanya menambah derita rakyat yang semakin terhimpit dengan kos sara hidup.

“Apalagi perkhidmatan kerajaan sebenarnya tanggungjawab kepada rakyat, tidak wajar dikenakan cukai,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau mengulas kenyataan Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin semalam yang meminta Putrajaya mengecualikan kutipan GST terhadap 12 PBT di Selangor.

Ean Yong menyeru supaya memberi pengecualian GST kepada semua PBT di Malaysia, bukan sahaja di Selangor demi kepentingan rakyat.

Leave a Reply

Your email address will not be published.