Categories
SELANGOR

Gaji minimum RM1,500 diperluas

SHAH ALAM 4 MEI: Kerajaan Selangor berjanji memperluas pelaksanaan gaji minimum RM1,500 selain syarikat milik kerajaan negeri (GLC).

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, Kerajaan Selangor sudah melaksanakan pelarasan gaji maksimum menerusi dana khas sejak 2012 lalu kepada 20 GLC dan diperluaskan selepas kajian dan pertimbangan dilakukan.

Mohammed Khusrin Munawi“Pelaksanaan gaji minimum ini diumum dan mula dilaksanakan sejak pentadbiran bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim lagi membabitkan lebih kurang 20 GLC di bawah kerajaan negeri.

“Begitu juga dengan guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa), peningkatan gaji mereka juga sedang dikaji ia diumumkan tahun depan,” katanya dipetik Sinar Harian.

Sebelum itu, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dalam perutusan Hari Pekerja berkata, Kerajaan Selangor konsisten memperjuangkan gaji minimum bukan sahaja di Selangor, malah ke peringkat nasional.

Leave a Reply

Your email address will not be published.