Categories
SELANGOR

Hari terbuka 15 Mei peluang kenali KUIS lebih dekat

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 13 MEI: Masyarakat khususnya pelajar berpeluang mendapatkan maklumat kemasukan ke Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) sempena Hari Terbuka KUIS diadakan di Pusat Konvensyen KUIS, Bandar Seri Putra, dekat sini, pada Jumaat dan Sabtu ini.

Penolong Pendaftar Kanan, Pengurusan Korporat (Pembangunan dan Pengantarabangsaan) KUIS, Halim Mokhtar, berkata program itu memberi kesempatan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) mendekati kolej serta mendapat maklumat diperlukan.

kuis01“Antara aktiviti diadakan ialah slot ceramah disampaikan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, pameran pendidikan, panduan kerjaya, sesi temuduga, pendaftaran KUIS secara walk-in, cabutan nombor bertuah dan aktiviti menarik yang lain.

“Sempena hari terbuka ini juga KUIS memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai aktiviti berkayak di tasik KUIS,” katanya.

Halim berkata, program dua hari itu dijangka dihadiri kira-kira 2,000 pengunjung berhampiran KUIS dan dari luar bertujuan memperkenalkan lagi serta mempergiatkan promosi kolej kepada orang ramai.

Katanya, peluang pendidikan di KUIS tidak terhad kepada lepasan SPM sahaja malah program ditawarkan meliputi pelbagai peringkat hingga Doktor Falsafah (PhD).

KUIS2“Kerjasama ini membuka peluang kepada bakal pelajar berlatar belakang dari keluarga kurang berkemampuan untuk menyambung pengajian ke peringkat tertinggi tanpa berhutang daripada mana-mana pihak.

“Biasiswa ini termasuk kos pengajian sepanjang berada di KUIS dan kos penginapan pelajar di bawah skim ini didedahkan dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan,” katanya.

Katanya, pengurusan KUIS amat mengalu-alukan kemasukan pelajar baharu ke kolej kerana di sini lahirnya Da’i, Ulama dan Umara.

Untuk maklumat lanjut boleh berhubung dengan Bahagian Pemasaran dan Komunikasi KUIS di talian 03 – 8911 7072 / 7073 atau layari laman sesawang di www.kuis.edu.my atau lama sosial www.facebook.com/FBKUIS

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.