Categories
NASIONAL

Jadikan PRK Permatang Pauh referendum tolak BN

Oleh: HAFIZAN TAIB

PERMATANG PAUH, 4 MEI: Pengundi Permatang Pauh diminta menggunakan peluang sebaiknya dalam pilihanraya kecil, 7 Mei ini, sebagai referendum bantahan terhadap kepimpinan Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Speaker Kerajaan Negeri Selangor, Hannah Yeoh, berkata ia adalah saat terbaik bagi pengundi membuat keputusan bagi melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan BN.

PRK Permatang Pauh“Tumpuan seluruh negara kini diberikan kepada pengundi Permatang Pauh untuk menjadi suara rakyat supaya ianya menjadi referendum berhubung pentadbiran kerajaan BN pasa masa ini.

“Pilihanraya kecil ini bukan sekadar pilihanraya,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, PKR sendiri mengambil risiko meletakkan Presidennya sebagai calon dalam pilihanraya kali ini.

“Ini kerana ia bukan saingan antara Presiden PKR dengan calon baharu tetapi saingan sebenar adalah Presiden Umno (Datuk Seri Najib Razak).

“Ahli Umno yang tidak puas hati dengan kepimpinan Presiden mereka juga boleh menjadikan saat ini sebagai peluang terbaik bagi tujuan ini,” kata ADUN Subang Jaya itu.

Katanya, antara dikesalkan adalah pelanggaran sistem demokrasi ekoran pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang lantang menyuarakan kepentingan rakyat.

Sementara itu, Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, PKR memendekkan tempoh berkempen pada minggu terakhir menjelang hari pembuangan undi Khamis ini.

“Mulai esok kita memberi tumpuan kepada empat kawasan iaitu Permatang Pasir, Tapak Ekspo Sebarang Jaya, Kubang Semang dan Seberang Perai Arena yang mana kita jalankan program dan ceramah di semua kawasan ini.

“Keempat-empat kawasan ini kita anggap sebagai ‘grand finale’, kita harap pengundi termasuk mereka yang pulang ke sini supaya hadir di semua kawasan ini termasuk pada hari terakhir akan diadakan satu program besar di Tapak Ekspo Seberang Jaya,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.