Categories
NASIONAL

Jet dah ada ruang mesyuarat, kenapa naik taraf RM28 juta lagi?

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 18 MEI: Keputusan Kerajaan Persekutuan membelanjakan RM28 juta bagi mewujudkan ruang mesyuarat di kabin jet peribadi kegunaan Perdana Menteri tidak boleh diterima.

Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli (PKR) berkata, hal itu berikutan jet peribadi terbabit sudah mempunyai sebuah ruang mesyuarat yang lengkap dan selesa.

yb rafizi parlimen“Saya tak boleh terima alasan naik taraf untuk adakan ruang mesyuarat sebab sebelum ini memang dah ada meja dan kerusi yang lengkap untuk adakan mesyuarat dalam jet itu.

“Saya nak juga tengok bagaimana rupa kabin bernilai RM28 juta itu,” kata Mohd Rafizi pada sidang media di lobi Dewan Parlimen, di sini, hari ini.

Mohd Rafizi berkata, perbelanjaan RM28 juta wang rakyat itu adalah pembaziran di saat rakyat bergelut dengan peningkatan kos sara hidup.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.