Categories
NASIONAL

‘Langkah Pekan’: Najib patut letak jawatan gagal urus negara

Oleh: NAZLI IBRAHIM

BUKIT MERTAJAM, 1 MEI: Barisan Nasional (BN) perlu menumpukan isu dalaman sendiri apabila kedudukan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri semakin goyah dan dipertikai banyak pihak termasuk partinya sendiri.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, BN tidak patut mempertikaikan keputusan PKR mencalonkan Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam Pilihan Raya Kecil (PRK), Permatang Pauh.

marshort VVIPKatanya, beliau tidak berminat mencampuri urusan dalaman Umno tetapi tidak mahu masa depan negara dirosakkan pemimpin gagal menjalankan tanggungjawabnya.

“Najib menerima tekanan cukup kuat daripada pimpinan Umno untuk meletakkan jawatan.

“Saya kira bukan setakat letak jawatan sebagai Perdana Menteri tetapi dia harus meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Pekan kerana dia gagal memikul tanggungjawab.

“Beliau gagal jalankan tanggungjawab sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan serta Ahli Parlimen maka wajar beliau meletakan semua jawatannya,” kata Mohamed Azmin yang juga Dato’ Menteri Besar Selangor.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas ‘langkah Pekan’ terhadap Najib oleh banyak pihak dalam Umno sendiri.

Beliau berkata demikian kepada Selangor Kini sebaik selesai program ceramah kempen PRK Pakatatan Rakyat (PR) di sini, malam tadi.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dalam program sama berkata skandal 1MDB merupakan salah satu isu melemahkan pengaruh Najib.

“Belum pernah dalam pilihan raya tidak ada gambar Perdana Menteri tetapi dalam PRK Permatang Pauh kali ini tidak walau sekeping pun gambar Perdana Menteri,” kata Nurul Izzah.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.