Categories
NASIONAL

Lebih 20,000 himpun di KL bantah GST, berarak sejauh 7km

KUALA LUMPUR 1 MEI: Kira-kira lebih 20,000 peserta berhimpun bagi menyatakan bantahan terhadap pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) 1 April lepas.

Perhimpunan itu dianjurkan kumpulan dari NGO Jawatankuasa Mei 1 dan ada kumpulan peserta berarak sejauh tujuh kilometer dari beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur menuju ke Kuala Lumpur City Center (KLCC).

11188460_957370594297448_5977390863181860549_nSeperti tema bantah dipersetujui, peserta hadir dengan pakaian merah dengan menjulang poster #kita lawan dan senada menyanyikan lagu rasmi himpunan bantah GST.

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dalam ucapannya berkata kutipan cukai GST oleh Kerajaan BN sama seperti kerajaan British waktu dahulu.

Katanya pada zaman dahulu, British bertindak menekan rakyat di India dan Tanah Melayu dengan mengenakan cukai terhadap barangan keperluan asas.

Himpunan itu disokong Bersih 2.0, Gerakan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Parti Sosialis Malaysia, serta beberapa NGO, parti politik dan persatuan pekerja itu berakhir pada jam 5.30 petang.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.