Categories
NASIONAL

MB: Pengerusi TH & pengurusan patut letak jawatan, heret ke mahkamah

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 9 MEI: Tabung Haji (TH) patut membatalkan pembelian tanah daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) serta merta serta siasatan dilakukan terhadap TH.

Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, tindakan TH dalam urusan pembelian tanah dilihat tidak telus sebagai syarikat seharusnya menjaga wang rakyat.

11111119_966916093358965_373478111639316114_n“Didesak Pengerusi TH dan pengurusan TH mesti meletakkan jawatan dan mengambil tanggungjawab. Sekiranya terdapat unsur penyelewengan mereka perlu diheret ke mahkamah dan diambil tindakan yang sewajarnya.

“Pelaburan TH melibatkan sejumlah wang yang besar hampir RM200 juta untuk 1.5 ekar tanah,” katanya sewaktu Majlis Penyerahan Sijil Projek Perumahan Pangsapuri Sri Indah, hari ini.

TH mengesahkan, pembelian tersebut dari projek pelaburan Tun Razak Exchange (TRX) yang terletak di tengah bandaraya Kuala Lumpur, semalam.

Mohamed Azmin berkata, TH juga bertanggungjawab memberi penjelasan kepada rakyat dan di Parlimen kerana wang rakyat digunakan dengan sewenangnya.

“Dalam masa terdekat, kita juga mendedahkan beberapa syarikat GLC Kerajaan Persekutuan yang sama terlibat dengan pelaburan 1MDB dalam jumlah besar,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.