Categories
NASIONAL

MB: PR sebulat suara pilih Wan Azizah

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 18 MEI: Keputusan Pakatan Rakyat (PR) memilih Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Ketua Pembangkang yang baru berdasarkan ketokohan dan pengalaman yang dimiliki.

Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, Dr Wan Azizah juga sebelum ini pernah memimpin pasukan pembangkang di Parlimen.

MB Azmin“Ini memang satu keputusan yang dicapai semua anggota PR kerana kita yakin dengan kewibawaan dan ketokohan Datuk Seri Dr Wan Azizah dan beliau juga pernah menjadi Ketua Pembangkang.

“Sudah tentu dengan pengalaman luasnya akan mampu meneruskan tugas ini.

“Saya yakin, beliau dapat memikul tugas ini dengan berkesan khususnya ketika kita sedang berdepan pelbagai isu dan perbahasan di Parlimen,” katanya kepada media di lobi Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Terdahulu, Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengisytiharkan Dr Wan Azizah sebagai Ketua Pembangkang yang baru di Dewan Rakyat.

Pengisytiharan itu dibuat selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.