Categories
SELANGOR

MB: Selangor penyumbang terbesar KDNK tetapi disisih RMK-11

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KAJANG, 23 MEI: Kerajaan Persekutuan perlu lebih bertanggungjawab dan adil dalam mengembalikan semula kutipan hasil diperolehinya dari Selangor kepada rakyat negeri itu.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Mohamed Azmin Ali berkata, Selangor adalah penyumbang Keluaran Dalam Negera Kasar (KDNK) terbesar negara iaitu 23.5 peratus.

RMK11Katanya, langkah Kerajaan Persekutuan tidak memasukkan bandar raya di Selangor dalam Pelan Induk Daya Saing Bandar dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) jelas tindakan diskriminasi politik terhadap kerajaan dan rakyat negeri itu.

“Saya meneliti dalam RMK-11 ada satu rancangan iaitu Pelan Induk Daya Saing Bandar yang hanya melibatkan Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu sedangkan Selangor mempunyai jumlah penduduk terbesar iaitu enam juta orang.

“Selangor ada Bandaraya Petaling Jaya dan ¬†Shah Alam. Kita ada bandar besar seperti Klang, Kajang dan Semenyih yang semakin pesat membangun.

“Mengapa kawasan ini tidak dimasukkan dalam pelan berkenaan?,” kata Mohamed Azmin.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pelancaran dan Pendaftaran Rumah Mampu Milik Gamuda Land Berhad di Jade Hills, di sini, hari ini.

Katanya, Kerajaan Negeri juga berusaha memastikan supaya daya huni di kawasan terbabit dipertingkatkan termasuk membina projek rumah mampu milik.

Beliau turut melahirkan keyakinan bahawa Selangor mampu membangun dengan pesat walaupun berhadapan diskriminasi politik Kerajaan Persekutuan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.