Categories
SELANGOR

MB: Ulama & sarjana patut bersuara isu Tabung Haji

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 13 MEI: Pemimpin atau pemegang amanah organisasi berkepentingan awam perlu mengambil teladan sikap ditunjukkan Khalifah Umar Abdul Aziz menjaga khazanah negara untuk kepentingan rakyat.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, ini termasuk dalam menggunakan wang amanah untuk kepentingan peribadi atau bertujuan ‘bail out’ syarikat tertentu termasuk wang pendeposit Tabung Haji.

MB rasmi Luncheon Buku Saidina Umar Abdul Aziz di Concorde Shah Alam (1)Kata beliau, masyarakat mempunyai peranan masing-masing bagi memastikan pentadbiran sebuah kerajaan amanah dapat dijalankan.

“Ulama, sarjana, pemimpin gerakan Islam dan rakyat keseluruhannya mesti berani bertanya; dan kita mempunyai tanggungjawab memastikan pengurusan dan pentadbiran berhemah.

“Rakyat khususnya umat Islam menuntut penjelasan jujur dan terbuka supaya mereka yang bertanggungjawab mengkhianati amanah ini mesti meletakkan jawatan dan dibawa ke muka pengadilan.

“Sehingga kini tidak seorang pun bertanggungjawab dalam skandal ini dibawa ke muka pengadilan dan selagi ‘juruaduit forensik’ tidak dilakukan kita tidak mengenal pasti tangan kotor yang mengkhianati pendeposit,” kata Mohamed Azmin.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Luncheon Talk Buku “Khalifah Umar Abdul Aziz” Karangan Dr Ali Muhammad As-Shallabi di Hotel Concorde, di sini, hari ini.

Kata Mohamed Azmin, pentadbiran Selangor sedia mengambil iktibar daripada Reformasi serta nilai murni dalam pentadbiran dan urus tadbir dipimpin Umar Abdul Aziz agar dapat mengangkat martabat rakyat yang rencam.

“Sebagai negeri termaju, kita bertanggungjawab menyediakan kepimpinan berwibawa untuk mengurus ekonomi yang menjamin keadilan sosial dan kemakmuran negeri,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.