Categories
SELANGOR

MPSJ anjur Karnival@3C Sihat Selangor 23 Mei

Oleh: AFEEQA AFEERA

SUBANG JAYA, 20 MEI: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) akan menganjurkan Karnival@3C Sihat Selangor di Kompleks Kreativiti Kanak-kanak dan Komuniti (Kompleks 3C), bermula jam 8.30 pagi hingga 10 malam, pada 23 Mei ini.

Karnival tahunan kali kedua itu bakal menyediakan pelbagai aktiviti menarik kepada pengunjung.

mpsjPegawai Komunikasi Korporat MPSJ, Muhammad Azli Miswan berkata, ia bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat untuk menjalani kehidupan sihat bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti kehidupan seharian.

“Selain itu, program ini juga bertujuan memperkenalkan Kompleks 3C kepada komuniti, sekali gus mendekatkan MPSJ dengan orang ramai terutama penduduk setempat,” katanya dalam satu kenyataan.

Muhammad Azli berkata, karnival itu diadakan sempena Kempen Sihat Selangor dan akan disempurnakan Exco Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi.

SukanKatanya, program Berjalan 10,000 Langkah Sehari turut diadakan bermula dari Stadium Mini 3K sebagai menyahut Kempen Sihat Selangor.

“Pengunjung juga bakal dihiburkan dengan ‘Inflatable Playground’, badut, ‘pocket bike’ dan ‘pony riding’ bagi tujuan rekreasi keluarga selain melawat tapak pameran agensi lain,” katanya.

Antara aktiviti lain yang dianjurkan adalah jualan carboot, pertandingan ayam serama, pertandingan kucing parsi,mini 4WD open race, pertandingan wall climbing dan tulisan khat.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.