Categories
NASIONAL

Mustahil PR sabotaj, fakta mana BN ambil?

Oleh: HAFIZAN TAIB

PERMATANG PAUH, 5 MEI: Pakatan Rakyat (PR) membidas kenyataan pemimpin Barisan Nasional (BN) kemungkinan berlaku unsur sabotaj didalangi pembangkang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, pada 7 Mei ini.

Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, dakwaan laluan lalu lintas akan dihalang pada hari pengundian adalah akibat parti pemerintah khususnya Umno yang kini semakin tidak mendapat tempat di hati masyarakat.

“Mana mungkin kita sabotaj sedangkan PR nak beri ruang terbaik kepada pengundi untuk keluar mengundi.

bendera 11“Tidak akan berlaku dalam keadaan sekarang kita nak sabotaj. Fakta dan data mana yang dia ambil? Maklumat dari mana?,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Beliau mengumpamakan dakwaan itu seperti pepatah Melayu ‘kalau rumput dianggap semak maka semak itu menjadi tuan kepada yang menyemakkan’.

“Maknanya rumput itu milik siapa? Milik dia dan yang bercakap itu dia, yang nak buat itu pun dia.

“Kebiasaannya orang yang nakal dan tidak senonoh, maka dia akan buat kerja sebegitu dan anggap orang lain jaga sama,” katanya.

abdullah saniAbdullah Sani berkata, sokongan masyarakat kini semakin tinggi kepada PR serta calonnya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berdasarkan culaan dijalankan termasuk beberapa kawasan yang dikatakan kubu kuat Umno.

“Walaupun pada detik akhir akan berlaku pelbagai usaha untuk menambat pengundi dijalankan pihak lawan tetapi saya yakin ia adalah taktik suram dan bukan tiket kemenangan.

“Ini kerana dasar dibuat BN hari ini menjurus kepada ketidakpercayaan rakyat,” katanya.

Laporan media semalam menyatakan BN bersedia menghadapi sebarang unsur sabotaj dipercayai dilakukan pembangkang pada hari mengundi.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.