Categories
NASIONAL

Nyawa 8,000 Rohingya di hujung tanduk, Parlimen kata tak penting

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 19 MEI: Keputusan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak cadangan penangguhan persidangan bagi memberi laluan perbincangan isu pelarian Rohingya amat dikesali.

Hal itu kerana, nyawa kira-kira 8,000 pelarian Rohingya dalam kapal kecil atau perahu di perairan beberapa negara Asia Tenggara termasuk Malaysia berada di hujung tanduk apabila tidak dibenarkan mendarat.

Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar (PSM) berkata, Parlimen harus membenarkan anggotanya mengemukakan cadangan kepada Kerajaan Persekutuan dalam isu berkenaan.

ROHINGYA-MT-7-622x414“Setiap saat, nyawa mereka semakin terancam. Ahli Parlimen seharusnya boleh membantu kerajaan dalam isu ini tetapi malangnya tidak dibenarkan,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua (PKR) pula mempertikaikan kesediaan Malaysia membantu Palestin, Nepal dan Bangladesh tetapi enggan membantu pelarian Rohingya.

“Sudah lebih sebulan setengah mereka berada di lautan dengan makanan yang kritikal dan bahaya ombak besar kerana tak dibenarkan mendarat,” katanya.

Ahli Parlimen Bukit Katil, Mohd Iskandar Mohd Akin (PKR) pula berkata, Kerajaan Malaysia tidak perlu tunduk kepada ugutan Kerajaan Myanmar.

jeyakumar“Myanmar tak mahu sertai mesyuarat negara Asean kalau Malaysia bantu pelarian mereka. Ini satu ugutan.

“Alasan tak campur tangan masalah negara lain tak boleh pakai sebab ini adalah isu kemanusiaan,” katanya.

Terdahulu, Dr Jeyakumar menulis surat kepada pejabat Speaker memohon supaya persidangan ditangguhkan bagi membincangkan isu pelarian Rohingya.

Bagaimanapun, Pandikar menolak permohonan itu dengan alasan ia tidak perlu disegerakan kerana kerajaan sedang mengambil pelbagai usaha yang tidak dinyatakan.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.