Categories
SELANGOR

Pak Samad, Ambiga bicara isu kepentingan bahasa 14 Jun

SHAH ALAM: Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said dan bekas Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan akan menjadi panel forum yang membicarakan isu kepentingan bahasa Melayu.

Mereka bakal berbuat demikian forum anjuran Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) di Rumah Kavyan, Taman Sri Muda, Shah Alam jam 9 hingga 11 pagi pada 14 Jun ini.

Kedua-dua tokoh itu akan berkongsi pandangan berdasar pengalaman masing-masing dalam acara kendalian Presiden Kavyan, Uthaya Sankar SB selaku pemudah cara.

loPak Samad akan memperkata topik ‘Mengapa Saya Perjuangkan Bahasa Melayu?’ manakala Ambiga memperkata ‘Mengapa Saya Mahu Menguasai Bahasa Malaysia?’

Pak Samad ialah Penasihat Agung Kavyan sejak 2003 yang lantang mengkritik pemerintah dan kuasawan menerusi karya dan ceramah.

Beliau juga dijadual merasmikan Rumah Kavyan yang menjadi pusat aktiviti bahasa, sastera, kebajikan, seni dan budaya serta menempatkan perpustakaan mini.

Ambiga pula lantang dalam isu hak asasi dan ketelusan pilihan raya dan mendapat pengiktirafan antarabangsa menerusi International Women of Courage Award (2009) dan Chevalier de Lagion d’Honneur (2011).

Orang ramai boleh melayari www.kavyan.blogspot.com untuk maklumat

Leave a Reply

Your email address will not be published.