Categories
NASIONAL

Pantun tarikan ceramah PRK Permatang Pauh

Oleh: HAFIZAN TAIB

PERMATANG PAUH, 3 MEI: Bila berlangsung pilihanraya, ceramah anjuran parti politik menjadi tarikan orang ramai hadir bagi mendengar penjelasan berhubung isu semasa yang berlaku dalam negara.

Isu semasa seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa serta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) membabitkan pimpinan Barisan Nasional (BN) menjadi topik utama pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dalam ceramah diadakan setiap hari sempena pilihan raya kecil Permatang Pauh, 7 Mei ini.

PRK-P44-WAWIIsu terbabit disampaikan berulang-ulang dengan cara tersendiri pemimpin tempatan termasuk ADUN dan Ahli Parlimen bagi menarik perhatian orang ramai khususnya pengundi memilih calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dalam ceramah Pemuda PR di Kubang Semang, malam tadi, Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Pattoo, berceramah sambil berpantun yang membuat hadirin gembira terus mendengar isi penyampaiannya.

Pantunnya yang mendapat perhatian berbunyi,

Baju raya warna-warni,
Boleh dipakai bertukar ganti,
Rosak pemimpin kerana bini,
Merana rakyat kerana GST.

Ahli Parlimen Raub, Datuk Arif Sabri, yang mengambil giliran selepas itu berjaya mengundang gelak tawa orang ramai.

One two three four,
Satu dua tiga empat,
Rosmah Mansor cincin besar,
Orang Kubang Semang apa dapat?

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.