Categories
NASIONAL

PAS kekal bersama PR, kekusutan bakal terlerai

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 31 MEI: PAS yakin tidak akan berlaku perpecahan dalam Pakatan Rakyat (PR), bahkan  parti itu tidak pernah meninggalkan rakan gabungan sejak penubuhannya.

Ketua Penerangan PAS Selangor, Zaidy Abdul Talib berkata, PAS tidak pernah memutuskan hubungan politik dengan parti gabungannya sehingga kini.

Zaidy“Kalau dilihat dari sudut sejarah, sejak sekian lama PAS sentiasa menghulurkan tangan dan bekerjasama dengan rakan politik kita.

“Kita tidak pernah memutuskan sebarang hubungan politik termasuk dengan Semangat 46, Angkatan Perpaduan Ummah, Barisan Alternatif dan kini bersama PR,” katanya kepada media, di sini, hari ini.

Zaidy berkata demikian ketika diminta mengulas isu dibangkitkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang berhubung masa depan PR.

Exco Kerajaan Negeri itu berkata, beliau yakin segala kekusutan akan terlerai apabila Muktamar PAS berakhir dengan pemilihan barisan pimpinan baharu dan

PAS-for-AllKatanya, parti tu juga akan memastikan tidak akan berlaku perpecahan dalam kalangan ahlinya.

“Lebih dahsyat adalah pertembungan dalam Umno dan BN  iaitu antara mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Saya rasa itu yang jauh lebih besar.

“Kita dalam PR kena bersedia untuk memulihkan hubungan dan mengembalikan kepercayaan rakyat sebagai kerajaan masa depan untuk menggantikan BN,” katanya,

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.