Categories
SELANGOR

Pasukan Korea juara utama Selangor Cyber Games International

Oleh: AFEEQA AFFERA

PETALING JAYA, 11 MEI : Pasukan dari Korea Selatan, MVP Hot6ix mengungguli kejohanan Selangor Cyber Games International 2015 menerusi permainan MPGL SEA Season 7.

MVP1Mereka membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah USD30,000 berserta pingat dan sijil penyertaan.

Pasukan MVP Hot6ix dianggotai lima orang anak muda yang menggelarkan diri mereka sebagai SunBhie, FoREv, MP, Heen dan JerAx dalam permainan Dota.

MVP adalah sebuah organisasi e-sukan Korea yang kebanyakannya terkenal dengan permainan StarCraft 2.

Pasukan ini sering mengalami perubahan jadual tanpa henti, namun kini mereka mula mempunyai ahli tetap.

Salah seorang anggotanya, Seung Gon Lee, 28, atau dikenali sebagai Heen adalah antara personaliti e-sukan yang mula dikenali ramai dalam permainan Dota.

Naib juara bagi acara sama disandang pasukan EP dari China yang membawa pulang wang tunai berjumlah USD10,000, pingat dan sijil penyertaan, manakala tempat ketiga digondol pasukan dari Filipina, GIGABYTE Mineski dengan wang tunai sebanyak USD7,000.

Acara lain yang turut dipertandingkan adalah ACG Dota 2 Ametuer Cup, ACG CSGO Grand Finals, Selangor FIFA 15 Cup, Selangor F1 Racing Cup, Cosplay Competition dan Dot Arena.

11238228_391129557756382_36925188781602556_nAcara tahunan itu berjaya menarik lebih 1,200 penyertaan termasuk peserta dari lapan negara luar dan ia melebihi sasaran ditetapkan.

Selangor Cyber Games 2015 yang berlangsung di E-Strand Mall pada 9 dan 10 Mei lepas menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan sebanyak RM217,000.

Antara negara yang mengambil bahagian adalah China, Indonesia, Singapura, Korea, Filipina, Brunei, Thailand dan Malaysia.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.