Categories
NASIONAL

Penganalisis: Walaupun dipenjara, Anwar terus corak politik masa depan negara

Oleh: HAFIZAN TAIB

PERMATANG PAUH, 4 MEI: Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka terus mencorakkan politik negara dalam tempoh lama pada masa hadapan biarpun kini dipenjarakan kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN).

Keyakinan itu disuarakan Pengalisis Politik, Profesor Madya Shaharudin Badarudin yang beranggapan Anwar mampu bertahan lama berdasarkan faktor usia dan kesihatannya.

Anwar“Seperti Tun Dr Mahathir Mohamad kini 90 tahun, cuba bayangkan Anwar dari segi kesihatan dan pemikiran pada usia 67 tahun.

“Maka beliau mempunyai lebih kurang 22 tahun lagi untuk beliau mencorakkan politik Malaysia,” katanya kepada media selepas majlis Forum Anak Muda di Seberang Jaya di sini, semalam.

Beliau selaku salah seorang penalis forum membangkitkan persoalan itu dengan kemungkinan Anwar dibebaskan dalam tempoh singkat tetap ada atau sekurang-kurangnya tiga setengah tahun berdasarkan undang-undang dan sebagainya.

“Dalam politik macam-macam boleh berlaku mungkin proses biasanya pengampunan,
mungkin berlaku pertukaran kepimpinan dan sebagainya.

“Sudah pasti landskap politik berubah itu menyebabkan kedudukan Anwar dalam penjara itu juga berubah tetapi kita katakan tiada langsung proses politik itu Anwar tetap keluar,” katanya.

Beliau berkata, menampilkan kelakuan baik ketika dalam tahanan, Anwar diyakini boleh dibebaskan dalam masa kurang lima tahun dan bekas Timbalan Perdana Menteri itu terus bergerak dalam politik.

“Bagi saya, beliau juga berkeyakinan berperanan dalam masa lima belas tahun akan datang. Kalau berpandu kepada DNA bapa dan keluarganya, usia mereka agak panjang.

“Kita tidak boleh mengenepikan Anwar apabila dipenjarakan. Misal kata Nelson Mandela usia 70an keluar penjara jadi Presiden Afrika Selatan maka itu juga boleh berlaku dalam politik negara ini,” katanya.

Forum terbabit diadakan sempena pilihan raya kecil Permatang Pauh, 7 Mei ini bagi meraih sokongan terhadap calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.