Categories
SELANGOR

Penjaja ingkar, MPS keluar 36 notis

Oleh: SYASYA SUFIAN

SELAYANG, 29 MEI: Penjaja disaran tidak berniaga di lokasi yang tidak dibenarkan Majlis Perbandaran Sepang (MPS) kerana ia menyalahi undang-undang.

Yang Dipertua MPS, Suliman Abd Rahman berkata, Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan sudah mengambil tindakan kompaun dan menyerahkan notis kepada penjaja tidak berlesen.

Majlis Perbandaran Selayang (MPS)“Sebanyak 36 notis dikeluarkan MPS pada 13 Mac lalu. Kita saran mereka memohon permit lesen berniaga kerana kebanyakannya dari golongan asnaf yang masih perlu mencari rezeki.

“Dengan memiliki permit, penjaja dibenarkan berniaga tetapi perlu mematuhi beberapa syarat yang ditetapkan MPS,” katanya dalam mesyuarat penuh MPS, di sini, hari ini.

Suliman berkata, notis dikeluarkan kepada penjaja kerana menerima aduan orang ramai berkenaan kawasan niaga yang tidak bersih selepas ditinggalkan dan berlaku kesesakan lalu lintas pada waktu pagi.

“Kesesakan berlaku kerana orang ramai berhenti di tepi jalan untuk membeli sarapan.

“Penjaja dinasihatkan mematuhi waktu niaga yang ditetapkan bagi mengelakkan kesesakan dan menjaga kebersihan kawasan untuk keselesaan orang ramai,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.