Categories
SELANGOR

Penstrukturan air: Pertemuan MB & menteri minggu depan

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 13 MEI: Pertemuan antara Dato’ Menteri Besar dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) diadakan pada awal minggu depan bagi mendapatkan penyelesaian berhubung isu penstrukturan industri air Selangor.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, pertemuan itu diharapkan menyelesaikan beberapa isu berbangkit sekaligus memberi manfaat rakyat.

Azmin Air“Semalam saya mendapat pesanan ringkas pertemuan dengan menteri beberapa hari akan datang.

“Saya sudah menyediakan hujah dibincangkan dengan Yang Berhormat Menteri pada awal minggu depan dan kita berharap perbincangan ini dapat cari jalan penyelesaian,” kata Mohamed Azmin.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Luncheon Talk Buku “Khalifah Umar Abdul Aziz” Karangan Dr. Ali Muhammad As-Shallabi di Hotel Concorde, di sini, hari ini.

Ketika menyentuh pembinaan Projek Langat 2, Mohamed Azmin berkata Kerajaan Negeri terus memberikan sokongan kepada projek itu.

“Kita bersetuju secara asas, kita perlu menyokong pembinaan Langat 2 seperti saya katakan sebelum ini permohonan dikaji PBT dan mereka perlu penuhi syarat ditetapkan PBT dan kita akan luluskan.

“Tidak ada masalah sebab kita perlukan Langat 2 dan kita harap dapat disiapkan mengikut jadual,” kata Mohamed Azmin lagi.

Sebelum ini perjanjian penstrukturan air lupus selepas KeTTHA melanggar terma perjanjian dengan meminta penangguhan buat kali ketiga.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.