Categories
SELANGOR

Prihatin kebajikan pekerja, tambah subsidi yuran asuhan

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 6 MEI: Kerajaan Persekutuan harus lebih prihatin dalam menjaga kebajikan dan hak pekerja demi pembanggunan negara yang sihat.

Kerani, Hazame Safian, 55, berkata kerajaan perlu mempertimbangkan semula had pencen sehingga umur 60 tahun untuk perkembangan kualiti kerja.

hazame“Pada had umur itu, kebanyakan mereka merasa sudah terlalu lama berkhidmat dan ingin berehat juga lebih fokus kepada ibadah.

“Selain itu, peluang perlu diberikan kepada generasi muda mengembangkan bakat dan idea baru untuk pembanggunan negara,” katanya kepada Selangor Kini.

Pegawai Kerani, Aslina Samadi, 40, pula berkata Kerajaan Persekutuan perlu menyediakan lebih banyak rumah kuarters untuk kemudahan pekerja yang ditukarkan ke cawangan lain.

“Apabila penjawat awam ditukarkan ke negeri lain, kesukaran mendapatkan tempat tinggal menjadi salah satu punca yang tidak disenangi kami.

“Kuarters kerajaan yang tidak mencukupi menjadi beban apabila pekerja perlu mencari rumah sewa sendiri dan adakala lebih mahal serta jauh,” katanya.

ZaharahPembantu takbir, Zaharah Hamdan, 56, meminta kerajaan mempertimbangkan kenaikan subsidi yuran pengasuhan taska di tempat kerja sektor awam.

“Akibat kos sara hidup yang semakin meningkat selepas perlaksanaan GST, kos taska dan rumah pengasuhan juga meningkat.

“Kos asuhan hampir RM200 ke atas untuk seorang. Kalau ada empat anak, hampir separuh gaji digunakan untuk membiayai kos asuhan,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.