Categories
NASIONAL

RMK-11 tiada perubahan, terus abai negeri PR

Oleh: AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 21 MEI: Pembentangan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) kurang dinamik dan tidak inovatif, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Guan Eng berkata, RMK-11 mengabaikan negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat (PR) khususnya Pulau Pinang dan tidak terlalu menyentuh institusi masyarakat.

lim guan eng“Pertama, ia dilihat kurang seimbang dan tidak adil kerana negeri di tadbir PR apabila tidak mendapat sebarang peruntukan dan
terus diabaikan.

“Aspek kedua seperti individu dan institusi kemasyarakatan tidak disentuh langsung. Hanya soal pembangunan ekonomi sahaja diperkukuhkan.

“Itu cara lama dan tiada sebarang pembaharuan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Bagan, di Lobi Parlimen, hari ini.

Katanya, aspek pendidikan perlu diperkasa untuk membawa negara ke arah lebih dinamik dan inovatif.

mahfuz parlimen 01Sementara itu, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan bagaimana RMK-11 akan dilaksanakan kerana Kerajaan Persekutuan gagal menangani masalah ketirisan.

“Bagi saya adalah soal pengawasan. Bagaimana kerajaan mengawal segala yang dirancang itu untuk dilaksanakan?

“Sebagai contoh, 1MDB tidak pernah disebut ketika RMK-10 dibentang dan hanya wujud selepas itu. Kewujudannya merugikan kita sehingga RM42 bilion,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.