Categories
SELANGOR

Unisel & Universiti Canik Basari jalin kerjasama tingkat penyelidikan

SHAH ALAM 12 MEI: Universiti Canik Basari merupakan institusi pengajian tinggi keempat Turki memilih untuk menjalinkan kerjasama dengan Universiti Selangor (UNISEL) selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di Kampus Shah Alam di sini.

MoU tersebut diadakan bagi menjalinkan kerjasama pendidikan antara kedua-dua universiti.

Antara intipati MoU tersebut adalah melibatkan program pertukaran pelajar serta kakitangan.

Unisel TurkiNaib Canselor, Prof Dr Anuar Ahmad berkata, MoU itu memberi manfaat kedua-dua universiti dalam pendidikan dan merancang untuk menjalankan penyelidikan bersama.

“Kita difahamkan mereka berminat menawarkan pekerjaan kepada graduan kita bagi jangka masa panjang,” katanya selepas menandatangani MoU tersebut bersama Rektor Universiti Canik Basari, Prof Dr Yunus Bekdemir.

Turut hadir, Dekan Fakulti Komunikasi dan Media, Prof Dr Azmuddin Ibrahim.

Menurutnya, faktor reputasi UNISEL di Turki turut memainkan peranan universiti itu mahu menjalin kerjasama.

Sebelum ini Universiti Suleyman Demirel, Universiti Attaturk dan Universiti Zirve sudah menandatangani MoU bersama UNISEL.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.