Categories
SELANGOR

Wan Azizah: PR kekal tadbir Selangor

Oleh: AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 26 MEI: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail percaya Kerajaan Selangor yang ditadbir Pakatan Rakyat (PR) akan terus kekal.

Beliau berkata, apa yang berlaku kini masih boleh dibincang dan semua parti perlu bertenang serta tidak terus ‘menyerang’ sesama sendiri walaupun terdapat percanggahan pendapat.

“Kita rasa Kerajaan Selangor kekal walaupun ada kelainan (pendapat) sedikit tetapi terus berpegang kepada prinsip bahawa PR masih kerajaan yang memerintah di negeri itu.

wan azizah kapar speech 01“Kini, kita dalam tempoh bertenang. Kita melihatnya sebagai tempoh menyejukkan suasana bagi ketiga-tiga parti,” katanya di Lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang berkata demikian bagi mengulas perkembangan terkini percanggahan pandangan antara DAP dan PAS.

Semalam, pemimpin DAP mendakwa PR akan berpecah dan keputusan Muktamar PAS yang bakal berlangsung Jun ini dijangka menjadi faktor penentu.

Namun, pemimpin PAS bertegas dengan pendirian parti Islam itu akan kekal bersama PR.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.