Categories
SELANGOR

137 sekolah daerah Petaling terima RM2.65 juta

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 17 JUN: Sebanyak 137 buah sekolah di daerah Petaling menerima peruntukan lebih RM2.65 juta di bawah program Agihan Bantuan Pendidikan Kerajaan Selangor.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata ia bertujuan menyediakan kemudahan dan persekitaran kondusif untuk pembelajaran.

11109022_941954132521677_1595347139295303690_nKatanya, bantuan itu diberikan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

“Bantuan itu diagihkan mengambil kira jumlah pelajar dan keadaan terkini sekolah berdasarkan borang permohonan yang dilengkapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Agihan Bantuan Pendidikan peringkat daerah Petaling yang turut dihadiri Adun Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar, di Dewan Seri Delima Kompleks Sukan PKNS, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Pada masa sama, bantuan itu turut diberikan kepada SJKT Simpang Lima, Klang iaitu SJKT terbesar di Malaysia membabitkan hampir 2450 pelajar.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.