Categories
NASIONAL

Anwar: Pembangkang kembali kuat, pergeseran fitrah politik

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 23 JUN: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, optimis pembangkang akan kembali dengan kekuatan baharu bagi menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, niat dan semangat pembangkang dalam perjuangan menyelamatkan Malaysia dari kepincangan tatakelola serta autoritarianisme BN terus utuh walaupun beberapa perkara berlaku akhir-akhir ini.

“Yakinlah, saya tidak akan sesekali meninggalkan perjuangan ini selagi nyawa dikandung badan.

anwar“Kita sedang berusaha menjalin kesepakatan yang lebih kukuh dan kekal supaya rakyat dapat diberi khidmat lebih baik,” katanya.

Pada masa sama, Anwar berkata, pembangkang masih berfungsi dan teguh di peringkat Kerajaan Negeri dan Parlimen.

Beliau berkata, tekanan dan ketegangan seperti disaksikan kini adalah fitrah gabungan politik yang telus serta demokratik seperti Pakatan Rakyat (Pakatan).

“Tak bermakna ia masalah dihadapi gagal diatasi. Saya percaya pembangkang akan muncul bersatu dan lebih kuat selepas disusun semula dengan kekuatan baharu.

“Dari sebalik tirai besi ini, saya menggesa teman seperjuangan dalam parti pembangkang dan rakyat untuk terus bergerak dalam perjuangan ini hingga kemenangan dikecapi serta Malaysia diselamatkan,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.