Categories
SELANGOR

Contohi kesepakatan Pakatan Rakyat Selangor bangunkan negeri

Oleh: NAEEM RAFFI

KUALA SELANGOR 5 JUN: Kesepakatan Kerajaan Selangor membangunkan negeri termaju wajar dicontohi rakan komponen PAS, PKR dan DAP di peringkat nasional.

Pembahas Selangor, Shafie Ngah berkata kejayaan itu membolehkan kerjasama baik antara PAS, PKR dan DAP menentang Barisan Nasional (BN) selain terus memperkasa usaha menyalurkan nikmat kebajikan kepada rakyat.

“Selangor di bawah Pakatan Rakyat sudah dua penggal memerintah negeri terkaya dengan komposisi kerusi seimbang 15 DAP, 15 PAS 14 PKR.

muktamar pas“Kerjasama antara kita berjaya menghidupkan ilmu Allah di masjid dan surau-surau serata Selangor, malah penceramah dari Kelantan, kedah turut hadir ke Selangor,” katanya semasa membahaskan ucapan dasar Presiden, di Muktamar Tahunan PAS ke-61, di sini, hari ini.

Untuk rekod, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam semakin imarah dengan pelbagai majlis keilmuan sejak Pakatan Rakyat (PR) mentadbir Kerajaan Selangor pada 2008.

Senario ini berbeza diera pentadbiran Barisan Nasional (BN) apabila masjid di Selangor ditadbir mengikut kepentingan politik Umno.

Shafie berkata kerjasama terjalin dalam Kerajaan Pakatan Selangor itu selaras dengan ucapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam.

“Ucapan dasar Presiden semalam, menggamit kita ke memori silam jatuh bangunnya kita, usia 61 bukannya muda, sepatutnya kita maju dipersada politik, tidak takut pada siapa. Jangan kita bimbang dengan pancaroba ini.

“Kita mampu buat lebih dari itu jika kita menjaga hubungan sesama kita, berdakwah dengan cara berhemah, antara rakan, jangan bergaduh dengan rakan,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.