Categories
NASIONAL

Harga tol naik, ‘berita baik’ untuk rakyat

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 13 JUN: Rakyat Malaysia bakal menikmati kenaikan harga baru tol yang dijangka Ogos ini jika Kerajaan Persekutuan memutuskan perkara itu dalam masa terdekat.

‘Berita baik’ itu menyaksikan bebanan rakyat terus meningkat selepas pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), sekali gus bakal merencatkan perancangan perbelanjaan mereka.

plaza tolAdun Skinchan, Ng Suee Lim, berkata kesilapan Kerajaan Barisan Nasional yang terlalu tunduk kepada perjanjian konsesi sejak sekian lama terus memangsakan rakyat.

“Berita yang cukup perit untuk rakyat khususnya berpendapatan rendah. Selepas pelaksanaan GST, bahkan harga barang dan kos hidup juga semakin tinggi.

“Bebanan semakin terasa jika kenaikan harga tol berlaku kerana ia tamparan lebih hebat untuk rakyat,” katanya kepada Selangor Kini.

Semalam, beberapa laporan media mendakwa kadar tol bagi 16 lebuh raya utama seluruh negara dijangka naik antara 20 sen hingga RM1 jika mendapat kelulusan kabinet.

ngsueelimMaklumat berkenaan mula disebarkan di media sosial dan mencetuskan rasa tidak senang dalam kalangan rakyat.

Sehubungan itu, Suee Lim berkata, Putrajaya perlu menarik balik cadangan terbabit dan memikirkan mekanisme lain supaya perjanjian konsesi tidak hanya dijadikan alasan menaikkan harga tol.

Katanya, kerajaan perlu belajar dari Selangor dalam perbincangan memuktamadkan perjanjian konsesi air supaya rakyat mendapat keuntungan bukan hanya syarikat konsesi.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.