Categories
SELANGOR

Majlis Daerah Sabak Bernam peroleh 79% kutipan hasil hingga Mei

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SABAK BERNAM, 24 JUN: Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam (PDTSB) dan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) memperoleh kutipan hasil RM5.7 juta sehingga Mei lalu.

Pegawai Daerah Sabak Bernam, Mohd Khairuddin Md Som, berkata jumlah itu mencapai 79.16 peratus berbanding kutipan hasil keseluruhan bagi tahun 2014 walaupun suku tahun kedua belum berakhir.

“Daripada aspek kutipan hasil, RM7.2 juta berjaya dikutip Pejabat Tanah dan MDSB pada 2014, manakala RM5.7 juta berjaya dikutip sehingga Mei lalu,” katanya.

iftar pasir panjang 2Beliau berkata demikian pada Majlis Berbuka Puasa DYMM Sultan Selangor Bersama Rakyat dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya yang diadakan di Masjid Al-Huda, Parit 13, Sungai Panjang, di sini, semalam.

Ketika menyentuh pembangunan di Sabak Bernam, Mohd Khairuddin berkata, beberapa projek turut dijalankan di daerah itu.

“Antaranya projek penyelenggaraan dan naik taraf jalan membabitkan peruntukan MARRIS RM31.6 juta dan pembinaan Klinik Kesihatan 3 bernilai RM23 juta dijangka siap akhir 2015.

“Selain itu, kerja menaiktaraf serta ubah suai Maahad Tahfiz dan Turoth, Bagan Terap dengan kos RM3.2 juta yang dijangka siap Febuari 2016. Pembinaan Masjid Padu Permai bernilai RM8.3 juta yang dijangka siap pada April 2016 juga sedang giat dijalankan,” katanya.

Beliau berkata, kerja pembaikan tebing Water Front Pekan Sabak yang menelan kos M5.9 juta pula dijangka siap pada awal 2016.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.