Categories
SELANGOR

MB: Abdul Khalid gagal selesai isu air walaupun 6 tahun jadi MB

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 28 JUN: Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali secara sinis membidas mantan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang gagal menyelesaikan perjanjian penstrukturan air Selangor meskipun memegang tampuk pemerintahan selama enam tahun.

Mohamed Azmin memberikan reaksi ringkas itu ketika ditanya mengenai desakan Abdul Khalid yang menyarankan beliau berundur disebabkan belum memuktamadkan perjanjian berkenaan sehingga kini.

Azmin Air“Dia (Abdul Khalid) gagal selesaikan selama enam tahun saya baru sembilan bulan,” katanya kepada media pada Majlis Berbuka Puasa di Kediaman Rasmi Menteri Besar di Seksyen 7.

Abdul Khalid dalam satu kenyataan sebelum itu mahu seorang pengganti berkemampuan dan berkebolehan untuk melaksanakan tanggungjawab itu.

Mohamed Azmin yang juga ADUN Bukit Antarabangasa dalam satu kenyataan pada 14 Jun lalu berkata Kerajaan Selangor dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dijangka mengeluarkan kenyataan bersama dalam masa terdekat bagi mengumumkan secara rasmi perjanjian penstrukturan air Selangor.

Perkara itu merujuk kepada pertemuan beliau dengan Menteri KeTTHA, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang berlangsung pada minggu tersebut.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.