Categories
SELANGOR

MB: Indeks nilai prestasi wujud persaingan sihat institusi agama

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 12 JUN : Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) disaran menjalin kerjasama dengan pihak profesional bagi mewujudkan indeks institusi masjid di negeri itu.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata ia bagi menilai prestasi dan keberkesanan institusi masjid dalam menjalankan fungsi dan perkhidmatan kepada umat Islam.

“Umat Islam perlu mengumpul pencapaian institusi agama secara ilmiah bagi mewujudkan persaingan sihat dengan mewujudkan indeks merangkumi pelbagai aspek.

Multaqa penyerahan moreh sempena Ramadhan 2015 MB (13)“Ia membolehkan umat Islam melihat prestasi dan keberkesanan institusi itu dalam menjalankan fungsi serta penyampaian perkhidmatan yang menjadi tanggungjawab kita bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Multaqa Pegawai dan Jawatankuasa Masjid serta Penyerahan Sumbangan Bantuan Moreh Masjid dan Surau Selangor di Masjid Negeri, hari ini.

Indeks itu merangkumi aspek kegiatan keilmuan, keberkesanan penyampaian ilmu, aspek kebersihan, mesra jemaah dan pengunjung, penggunaan ekologi mesra alam, serta misi dalam media sosial.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.