Categories
NASIONAL

PAS istiqamah ‘mengulamakan profesional’, ‘memprofesionalkan ulama’

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA SELANGOR, 4 JUN: PAS terus beristiqamah bagi mengukuhkan kepimpinan ulama dan mengangkat peranan golongan profesional dalam perjuangan parti itu.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, usaha ini sudah dilakukan sejak penubuhan PAS lagi apabila kedua-dua golongan itu berganding bahu menggerakkan PAS sehingga ke hari ini.

MB Muktamar PAS“Para profesional dalam PAS telah dan secara berterusan memberikan sumbangan kepada parti samada dalam bidang ekonomi, pembangunan dasar dan polisi, strategi, hubungan antarabangsa dan sebagainya.

“Kesemua ini adalah mutiara indah yang menjadi khazanah berharga dalam PAS di atas pengorbanan mereka untuk bersama memenangkan perjuangan Islam,” kata Abdul Hadi.

Abdul Hadi berkata demikian dalam ucapan dasarnya di Muktamar Tahunan PAS ke-61 yang bertemakan ‘Beristiqamah Hingga Kemenangan’ di Stadium Tertutup Kuala Selangor di sini, hari ini.

Tegas Abdul Hadi, tidak ada garis pemisah di antara ulama dan dan profesional dalam bahtera PAS tetapi yang berlaku adalah tempias sekularisme yang diwujudkan untuk menghalang kebangkitan Islam.

Kata beliau lagi, kepimpinan ulama dalam PAS sendiri turut mendapat sokongan golongan profesional berbeza dengan tohmahan anasir luar yang cuba memecah-belahkan perpaduan PAS.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.