Categories
SELANGOR

PAS Selangor sifatkan muktamar di Kuala Selangor paling berjaya

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA SELANGOR, 6 JUN: PAS Selangor menyifatkan penganjurkan kali ini paling berjaya berikutan kejayaan menarik kehadiran lebih 10,000 pengunjung sepanjang Muktamar Tahunan PAS kali ke-61 di Stadium Tertutup Kuala Selangor berlangsung.

Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, penganjuran kali ini turut mencatat kehadiran tetamu luar negara paling ramai termasuk daripada Australia, United Kingdom, Amerika Syarikat, Rusia, Turki, Arab Saudi dan beberapa negara Islam lain.

Muktamar“Ini kali ketiga Selangor jadi tuan rumah muktamar tetapi penganjuran kali pertama di Stadium Kuala Selangor inil terbesar.

“Kejayaan penganjuran ini memberi keyakinan kepada Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) untuk menganjurkan program yang besar seperti ini di masa akan datang.

“Dia terkejut kita mampu anjurkan program sebesar ini dengan pengunjung kira-kira 10,000 orang termasuk 1,200 perwakilan,” Mohd Khairuddin ketika ditemui Selangor Kini di tapak muktamar tahunan ini diadakan.

Katanya, Muktamar sepanjang tiga hari ini memberi impak yang besar terhadap ekonomi kawasan ini terutama dalam segmen penginapan.

Beliau menambah, penganjuran yang berjaya menarik kira-kira lebih 10,000 pengunjung termasuk 1,200 orang perwakilan itu berjalan lancar tanpa sebarang inisiden tidak diingini berlaku.

“Diucapkan terima kasih kepada MDKS terutama kepada Yang DiPertua (YDP), kakitangan MDKS, petugas muktamar termasuk Unit Amal PAS sendiri.

“Tanpa mereka kita tak dapat anjurkan program ini,” kata Mohd Khairuddin lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.