Categories
NASIONAL

PRN Sarawak serentak PRU-14?

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 29 JUN: Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dijangka diadakan lewat sebelum tempoh penggal Parlimen ke-13 berakhir bagi membolehkannya diadakan serentak dengan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, berkata langkah itu diambil bagi mengelakkan pemimpin Pakatan Rakyat (Pakatan) lebih fokus berkempen di Sarawak jika diadakan berasingan.

mahfuz omar“Saya percaya penangguhan pemilihan Umno petanda PRU-14 akan dipercepatkan serentak PRN Sarawak untuk elak pemimpin Pakatan beri tumpuan kepada negeri itu. Kalau serentak, sudah tentu kami harus beri tumpuan di kawasan masing-masing.

“Kalau Umno nak hadapi pilihan raya tetapi pada masa sama adakan pemilihan, sudah tentu akan berlaku pergolakan dalaman yang teruk hingga merosakkan lagi keadaan dalaman parti. Mereka cuba kurangkan risiko itu.

“Saya berpendapat, munasabahnya untuk pilihan raya serentak ini sangat kuat dan PRN Sarawak akan diadakan sama ada pada penghujung Disember 2016 atau awal 2017,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.

sprMahfuz berkata, PRN Sarawak akan dibuat pada penghujung penggal, manakala PRU-14 dianjak lebih awal.

Beliau berkata, strategi itu sebenarnya kurang memberi kesan positif kepada Umno apabila pengundi semakin bijak menilai kemampuan BN di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menguruskan pentadbiran negara.

“BN masih meletakkan harapan tinggi untuk Sarawak jadi ‘simpanan tetap’  tetapi keadaan semakin sukar kerana PM mempunyai rekod pentadbiran yang jentera mereka sendiri akui sangat susah dipertahankan,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.