Categories
SELANGOR

Tiada catuan air di Lembah Klang

Oleh: HAFIZAN TAIB

KUALA LUMPUR, 8 JUN: Tiada catuan air di Lembah Klang berikutan kesungguhan Kerajaan Negeri menambah loji bekalan air selain mempercepatkan proses penstrukturan semula air.

Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid, berkata taburan hujan yang berlaku masa kini turut membantu perkara berkenaan dan tidak timbul isu seperti mana diperkatakan.

empangan-selangor-sept-3“Pada masa sekarang saya tidak nampak timbul masalah kerana banjiran hujan begitu padat membantu dalam proses merawat dan membekal air.

“Ia tidak sampai ke tahap begitu dan saya yakin proses untuk membina loji tambahan itu wajib disegerakan,” katanya kepada SelangorKini di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Beliau berkata, Kerajaan Persekutuan harus bersikap adil kerana isu terbabit adalah bagi menyelesaikan masalah rakyat dan Kerajaan Negeri dilihat bersungguh-sungguh mempercepatkan proses penyelesaian ini.

“Kalau Kerajaan Persekutuan sudah ada kerangka yang memberikan kesan baik kepada proses ini maka tidak timbul masalah dan perlu dibuat dalam situasi menang menang.

“Masalahnya kedegilan Kerajaan Persekutuan mempertikaikan tanah mahu diambil dengan jumlah banyak dan Kerajaan Negeri berhak mempertikaikan kerana ia tiada dalam perjanjian,” katanya.

Abdullah Sani berkata, masalah timbul ketika ini adalah kerana sikap Kerajaan Persekutuan lebih banyak melihat dan menunggu kebangkitan rakyat supaya bekalan air disalurkan ke kawasan tertentu.

“Inilah antara penyebab utama dilihat membantut proses penyaluran air daripada Pahang.

“Persoalan hari ini Kerajaan Negeri mahu menambah loji-loji air yang ada untuk meningkatkan bekalan air kepada rakyat. Ia langkah jangka panjang yang boleh membantu,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.