Categories
SELANGOR

Tiga premis diroboh, gagal patuhi Akta 133 MPK

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 19 JUN: Majlis Perbandaran Klang (MPK) merobohkan struktur bangunan tanpa izin di Lot 317,318 dan 321 Seksyen 2, Jalan Beringin, Pelabuhan Klang, baru-baru ini.

Yang DiPertua MPK, Datuk Mohamad Yacob, berkata tindakan itu dilakukan selepas pemilik premis berdegil dan gagal mematuhi arahan yang ditetapkan walaupun notis sudah dikeluarkan, sejak 2013.

port klang 1“Operasi ini dijalankan terhadap unit terbiar disyaki menjalankan aktiviti tidak sihat antaranya kegiatan pelacuran dan dadah. Ia turut menjadi lokasi golongan muda menghisap gam.

“Pada masa sama, ia dilakukan untuk memastikan keselamatan awam terjamin memandangkan lokasi berkenaan tidak lagi selamat,” katanya.

Mohamad berkata, tindakan itu diambil di bawah Seksyen 72, Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Akta 133) kerana mendirikan bangunan tanpa kelulusan MPK.

“MPK memberi masa mencukupi kepada pemilik untuk merobohkan sendiri bangunan itu, namun gagal berbuat demikian.

port klang 2“Ia juga berdasarkan aduan awam terutama penduduk setempat yang membantah kewujudan struktur haram itu dan meminta tindakan tegas dikenakan terhadap pihak terlibat,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, MPK juga akan akan mengambil tindakan tegas dengan merobohkan struktur bangunan dibina tanpa kebenaran terutama kepada pemilik yang enggan memberi kerjasama selepas dua notis dikeluarkan.

“Notis pemberitahuan di bawah Seksyen 70, Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Akta 133) sudah dikeluarkan pada 28 Oktober 2013, manakala notis kedua pula pada 7 Jun 2014.

“Operasi ini lebih kepada peringatan kepada warga Klang supaya menghormati perundangan yang ditetapkan membabitkan pembinaan struktur bangunan. Ia turut mendapat kerjasama polis, SYABAS dan TNB,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.