Categories
SELANGOR

Wakaf Selangor Muamalat sumbang RM5.26 juta

SHAH ALAM 4 JUN: Sebanyak RM5.26 juta disumbangkan Wakaf Selangor Muamalat sehingga April tahun ini kepada sektor pendidikan dan kesihatan.

Pengerusinya Tan Sri Abd Rahman Arshad berkata sumbangan dana itu disalurkan kepada pemohon di Selangor dan juga di luar Selangor dan tidak terhad kepada umat Islam sahaja.

wakaf-selangor-muamalat-presentation-slides-1-638“Selain itu, dana ini disalurkan juga ke sektor pelaburan yang patuh syariah bagi mengembangkan dana wakaf,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Wakaf Selangor Muamalat merupakan perkhidmatan berasaskan konsep wakaf oleh Bank Muamalat direka khas memberi kemudahan kepada pelanggannya dan orang awam berwakaf.

Perkhidmatan ini adalah usaha sama strategik antara Bank Muamalat dan Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) melalui rangkaian cawangannya di negara ini, bertanggungjawab bukan sahaja sekadar mengumpul malahan menguruskan dana wakaf bersama-sama dengan PWS.

Semua projek Wakaf Selangor Muamalat dipantau oleh Jawatankuasa Pengurusan Bersama Wakaf Selangor Mualamat.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.