Categories
NASIONAL

2,000 hadiri rumah terbuka Parlimen Permatang Pauh

Oleh: AFIX REDZUAN

PERMATANG PAUH, 26 JUL: Walaupun ketiadaan susuk tubuh insan bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim namun sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Permatang Pauh tetap berlangsung meriah.

Dalam suasana hujan renyai, lebih 2,000 orang hadir bersama-sama memeriahkan majlis yang dianjurkan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertempat di Kampung Permatang Pasir.

PKR EIDKesempatan itu diambil orang ramai merakamkan gambar kenangan bersama Ketua Pembangkang dan pimpinan politik setempat.

Ini merupakan sambutan Aidilfitri pertama tanpa kelibat Anwar yang terpaksa menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh sejak 12 Februari lalu.

Hadir sama Dato’ Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Dr Xavier Jayakumar.

Turut kelihatan ADUN Permatang Pasir daripada PAS, Datuk Saleh Man dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari.

Selain itu, orang ramai yang hadir turut mengambil kesempatan menyampaikan ucapan kepada Anwar menerusi poskad ‘March 2 Freedom’ yang disediakan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.