Categories
NASIONAL

Anwar: Rakyat perlu bersatu selamatkan Malaysia

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 22 JUL: Rakyat disarankan bersatu bagi menyelamatkan negara tatkala nilai ringgit merudum, rasuah dan skandal kewangan mencapai tahap terburuk dalam sejarah Malaysia.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam perutusan melalui peguamnya, berkata ketika ini pimpinan sedang berusaha mewujudkan muafakat politik lebih utuh.

Katanya, ia akan membabitkan semua gerakan progresif termasuk badan bukan kerajaan seperti BERSIH, ABIM, IKRAM dan Gerakan Harapan Baru yang baru sahaja diwujudkan.

anwar“Negara kita terus berada di dalam krisis yang semakin teruk, manakala kerajaan BN terus menafikan keadaan ini.

“Nilai mata wang ringgit merudum, tatkala rasuah dan skandal kewangan mencapai tahap yang belum pernah disaksikan sejak Merdeka lagi.

“Di saat genting ini, rakyat Malaysia perlu bersatu dan bertekad untuk menyelamatkan negara kita,” katanya.

Anwar berkata, permuafakatan itu adalah kesepakatan kumpulan yang komited kepada reformasi dan perubahan yang akan memberikan pilihan yang benar-benar demokratik serta adil kepada Rakyat.

Beliau juga mengajak semua pihak mengenepikan segala pertimbangan dan perbezaan yang lain serta memberikan fokus kepada perjuangan untuk menyelamatkan Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published.