Categories
NASIONAL

Azmin: “1 saat pun Anwar tidak patut dipenjara”

Oleh: AFIX REDZUAN

SEBERANG JAYA, 26 JUL: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu dibebaskan segera dan pulangkan kepada rakyat untuk membawa perubahan total kepada negara.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata meskipun Anwar dibalik tirai besi, namun beliau tetap memberikan nasihat supaya parti kekal berada di landasan tepat meneruskan perjuangan rakyat.

Azmin PKR“Datuk Seri Anwar tidak berhak berada di penjara.

“Bukan lima tahun, bukan empat tahun malahan satu saat pun tempatnya mesti dipulangkan balik kepada pangkuan keluarga dan rakyat,” katanya di Hotel Sunway dalam majlis Jelajah Amanat Presiden.

Mohamed Azmin berkata nasihat dan amanat yang ditinggalkan Anwar terus dijadikan pemangkin supaya PKR terus mara ke hadapan.

Katanya beliau sempat bertemu dan berbincang panjang bersama Anwar di Penjara Sungai Buloh selama dua jam setengah Jumaat lalu.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.